Pau Marti Yakin Aura Penyokong Di SNBJ Bakal Bawa Tuah
Dunia
MakanBola
STADIUM MALAYSIA
Advertisements

Penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente menzahirkan rasa gembira dan teruja setelah mengunjungi stadium utama Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pau Marti dalam ciapannya meluahkan rasa tidak sabar untuk bertemu dengan para pemain Harimau Malaya untuk mula berlatih bersama.

Advertisements

Menerusi laman rasmi Twitter miliknya, Pau Marti juga menyatakan rasa bangga apabila berpeluang melakukan lawatan kerja, mengunjungi ‘Home Of Harimau Malaya’.

Dalam pada itu, bekas penolong jurulatih skuad muda Barcelona ini turut percaya dengan kehadiran penyokong Harimau Malaya yang membanjiri stadium kelak dapat memberi impak yang besar kepada perubahan bola sepak negara.

Pau Marti merasakan aura daripada penyokong itu bakal memberi kelebihan dan menyajikan kecemerlangan berganda buat Harimau Malaya.

Advertisements

Malah, jurulatih berusia 42 tahun itu turut disertai oleh Kim Pan-gon dan barisan kejurulatihan yang lain bagi meninjau fasiliti dan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Stadium Nasional Bukit Jalil akan dijadikan venue rasmi pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula pada 8 Jun 2022. Malaysia diundi dalam saingan kumpulan E dan skuad Kim Pan-gon bakal berentap berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh bagi merebut slot ke Piala Asia 2023 kelak.

Advertisements

News Comments Account