PDRM Lancar Jersi Unik Bagi Musim 2023
Liga Super
MakanBola
PDRM FC
Advertisements

Dengan pasukan-pasukan Liga Super sudah memperkenalkan jersi baru mereka untuk musim 2023, PDRM juga tidak mahu ketinggalan. Hari ini, mereka memperkenalkan jersi home dan away mereka untuk tatapan para penyokong.

Jersi buatan Oren Sport ini memperlihatkan corak unik pada jersi home dan away Sang Saka Biru. Ini menjadikan jersi berkenaan cantik dan kemas.

Warna biru terus menjadi warna tradisi jersi home PDRM. Sementara warna merah dan putih pula untuk jersi away tampak sesuai dengan imej pasukan itu yang dianggap pasukan kerdil tapi berupaya mencipta kejutan terhadap pihak lawan.

Advertisements

Antara pemain yang memperagakan jersi baru PDRM ini ialah kapten pasukan Azmi Muslim, Safiee Ahmad dan bekas pemain import Sarawak United, Uche Agba.

Jersi away PDRM bakal dilihat buat kali pertama di Stadium Likas pada 25 Februari ini. Ini selepas PDRM bakal menjadi lawan pertama Sabah untuk saingan Liga Super.

Advertisements