Bintang muda Sepanyol, Pedri terus dihimpit kecederaan otot selepas dikeluarkan pada separuh masa kedua ketika Barcelona bertemu Eintracht Frankfurt bagi aksi Europe League pagi tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu dilihat memegang paha kirinya sejurus selepas tamat separuh masa pertama dan Xavi membuat pertukaran menggantikan Pedri dengan Frankie De Jong.
Pedri telah disahkan mengalami ketidakselesaan di bahagian ototnya dan perkara ini membuat jurulatih Barcelona, Xavi lebih runsing kerana khidmatnya terpaksa dilupakan buat sementara waktu.
Ujian lanjut akan dilakukan secepat yang mungkin untuk mengetahui dengan lebih tepat tentang kecederaan yang dialami oleh pemain tengah Barcelona itu.