Peguam Ini Jelaskan Mengapa Aksi Perak & JDT Tak Perlu Ditangguh
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers
Advertisements

Peguam sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan mengapa aksi Liga Super di antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu tidak perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain.

Aksi di antara Perak dan JDT itu ditangguhkan ke tarikh lain selepas hujan turun dengan lebat dan menyebabkan keadaan padang ditakungi air.

Advertisements

Dalam manual pertandingan yang dikeluarkan Malaysian Football League (MFL), kedua-dua kelab hendaklah menunggu permainan untuk dimainkan semula dalam masa maksimum iaitu 60 minit (30 minit pertama dan 30 minit kedua).

Ianya memerlukan sebab yang munasabah daripada Komisioner Perlawanan (KP) untuk perlawanan tersebut dihentikan atau ditangguhkan.

Advertisements

Bagi Zhafri, pengadil perlawanan telah membuat keputusan untuk tunda perlawanan sekitar jam 9.50 malam yang mana ianya tidak melebihi masa 30 minit penangguhan kedua dan pada ketika itu hujan sudah reda dan padang kelihatan semakin baik untuk meneruskan perlawanan.

“Ada dua window untuk KP buat keputusan. Iaitu pada 30 minit pertama atau 30 minit kedua.

Advertisements

“Jika dirujuk kepada insiden semalam, pengadil buat keputusan untuk tunda perlawanan pada sekitar jam 9.50 malam. Which is belum lagi habis 30 minit penangguhan kedua. Hujan ketika itu sudah pun reda dan padang kelihatan semakin baik,” coret Zhafri di laman Facebook.

Keputusan penangguhan perlawanan ini bagaimanapun sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak selepas mendapat menjelasan daripada Komisioner Perlawanan dan pengadil perlawanan.

Advertisements

Satu video yang dikongsikan Astro Arena menunjukkan bahawa penjelasan untuk penagguhan perlawanan sudah diberikan kepada kedua-dua wakil pasukan.