Pelakon drama bersiri popular Squid Game, Hae Sung-tae memuat naik story Instagram dengan wajah dirinya dan Kim Pan-gon disulam dengan ucapan “Selamat Maju Jaya Malaysia”.
Hantaranya berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia yang sebelum ini kerap menyamakan wajah Pengurus Skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dengan wajah Hae Sung-tae.
Kedua-dua figura ini merupakan warga Korea Selatan yang terkenal dalam bidang masing-masing di negara “uri nara” ini.
Kim Pan-gon diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Malaysia pada 21 Januari lalu dan berjaya membawa Malaysia mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 selepas berjaya menduduki tangga ke-2 Kumpulan E.
Drama bersiri popular Netflix, Squid Game disahkan bakal bersambung untuk musim ke-2 dan dijangka bakal menemui peminat di Netflix akhir tahun 2023 atau awal 2024.