Dunia
Advertisements

Malaysian Football League (MFL) hari ini telah melancarkan secara rasmi Liga Malaysia musim 2020. Saingan pastinya rancak yang akan dirasai oleh kesemua 24 pasukan dalam Liga-M musim ini.

Majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 yang berlangsung cukup meriah di Hotel Acappella Suite Hotel, Shah Alam itu disempurnakan oleh Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan Timbalan Presiden FAM Datuk Wira Yusoff Mahadi.

Selain itu, barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Exco FAM serta wakil 24 pasukan turut hadir memeriahkan majlis pelancaran itu.

Advertisements

Menurut Dato’ Ab Ghani, beliau berharap Liga Malaysia musim 2020 akan terus mendapat sokongan daripada peminat-peminat dalam usaha mendukung bola sepak tempatan.

Tambahnya, beliau optimis bahawa Liga Malaysia berpotensi untuk terus berkembang menjadi antara liga terbaik di rantau ini.

“Alhamdulillah dengan pelancaran hari ini menandakan persaingan musim baharu bakal bermula. Kami amat berharap Liga Malaysia 2020 akan menjadi lembaran baharu kepada arena bola sepak tanah air.

Advertisements
MFL Pelancaran Rasmi Liga Malaysia Musim 2020
Majlis Pelancaran melibatkan barisan kepimpinan MFL dan juga wakil 24 pasukan

“MFL sebagai badan pentadbir liga akan sentiasa berusaha keras untuk mengembangkan potensi liga selaras dengan misi dan visi MFL yang mahu melakukan transformasi dalam bola sepak Malaysia.

“Selain itu MFL juga mahu menyerlahkan potensi pasukan tempatan ke pentas lebih tinggi seperti Liga Juara-Juara Asia (ACL).

“Justeru MFL berharap peminat dapat terus memberi sokongan padu kepada pasukan Liga Malaysia kerana sokongan penyokong itu menjadi azimat kejayaan setiap pasukan,” katanya.

Advertisements

Tirai Liga Malaysia 2020 akan dibuka dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada 28 Februari ini antara Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pemenang Piala Malaysia 2019 menentang juara Piala FA 2019, Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Bagi Liga Super, terdapat 3 pendatang baharu yang akan memberikan cabaran iaitu Sabah, UiTM dan juga PDRM. UiTM merupakan pasukan universiti pertama beraksi di liga paling utama ini.

Manakala bagi Liga Perdana pula, 4 pasukan Reserve Team, JDT II, Perak II, Selangor 2, Terengganu FC II bakal mewarnai kancah Liga Premier selain Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak United FC, Kuala Lumpur, UKM FC serta dua pendatang baharu dari Liga M3, Kelantan United dan Kuching FA.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram