Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang pasukan Singapura pada malam ini (26 Mac) bagi aksi perlawanan persahabatan. Sebelum ini Malaysia sudah bertemu pasukan Filipina dimana Malaysia berjaya meraih kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu dengan jaringan 2-0.

Jika Malaysia mampu menewaskan Singapura, anak buah kendalian Kim Pan-gon ini mampu mengutip 5.3 mata dan memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA. Malaysia ketika ini berada di kedudukan ke 153 dunia dengan keseluruhan mata sebanyak 1,040 mata. Kemenangan ke atas Singapura bakal melonjakkan Malaysia ke tangga 152 dunia dengan kiraan mata sebanyak 1,045 mata.

ranking fifa Peluang Cerah Malaysia Perbaiki Ranking FIFA Jika Menewaskan Singapura
Ranking semasa FIFA

Jika Malaysia sekadar seri atau mengalami kekalahan dalam pertemuan menentang Singapura, Malaysia masih akan kekal berada di tangga ke 153 dunia. Sebelum ini Malaysia berada di tangga ke 154 dunia namun naik 1 anak tangga ekoran kekalahan New Caledonia kepada Fiji dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 menurut hantaran Football Agent – Malaysia.

Advertisements

Ini merupakan peluang cerah buat Malaysia untuk merampas kedudukan Myanmar yang berada di tangga 152 dunia kerana Myanmar tidak mempunyai sebarang perlawanan antarabangsa sehinggalah pada bulan Jun kelak.

Kemenangan ke atas Singapura juga menandakan Malaysia bakal berada dilandasan terbaik untuk keluar daripada kelompok 150 dunia kerana Yaman berada di kedudukan 151 dunia (1,046.25 mata) manakala Afghanistan pula di tangga 150 dunia (1,049.77 mata). Hanya 5 mata dibezakan namun jika Malaysia mampu mempamerkan aksi cemerlang yang konsisten dalam aksi kelayakan Piala Asia pada Jun kelak, tiada apa yang mustahil buat pasukan Harimau Malaya.

Harapan yang besar jelas terletak pada bahu ketua jurulatih baharu Malaysia, Kim Pan-gon dalam memperbaiki prestasi semasa skuad kebangsaan lebih-lebih lagi setelah Malaysia berjaya meraih kemenangan ke atas Filipina beberapa hari yang lepas.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram