Peluang Kelab M3 Kembali Ke Liga Super Musim 2024/25 Kembali Terbuka
Liga M3
Imigresen FC
Advertisements

Peluang kelab-kelab Liga M3 layak ke Liga Super pada musim hadapan kembali terbuka.

Ini susulan keputusan First Instance Body (FIB) dan Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) (AB) untuk menolak rayuan Kelantan FC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2024-2025.

Keputusan ini menyaksikan ada 13 pasukan dalam Liga Super ketika ini. Bagi memastikan liga memiliki 14 pasukan, MFL memutuskan untuk membuka permohonan lesen luar biasa kepada semua kelab Liga M3 untuk mengisi slot yang ditinggalkan Kelantan.

Advertisements

Sebelum ini, tujuh pasukan Liga M3 termasuk juara, Imigresen FC gagal mendapat Lesen Kebangsaan untuk musim 2024-2025.

Ini selepas ketujuh-tujuh kelab itu gagal memenuhi keperluan lesen yang ditetapkan oleh FIB. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat FIB yang diadakan pada 31 Oktober lalu.

Selain Imigresen, kelab lain yang gagal mendapat lesen daripada FIB ialah KL Rovers, Harini Selangor FT, Armed Forces FC, Perlis United FC, Melaka FC dan Sarawak United FC.

Advertisements

Kini, kesemua kelab Liga M3 termasuk The Mighty Tigers mendapat satu lagi peluang untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan musim 2024-2025.

Kelab-kelab perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 termasuk dari segi infrastruktur, kewangan, perniagaan, sukan dan perundangan.

Kelab-kelab Liga M3 yang berminat boleh mengemukakan permohonan lesen pada 18 Januari 2024.

Advertisements

Kemudian, mereka perlu menyerahkan semua dokumen menurut Sistem Perlesenan Pentadbiran Kelab (CLAS) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bermula dari 19 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024.

Hanya satu kelab terbaik saja yang akan dipilih MFL bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram