Peluang Malaysia Ke Piala Asia Cerah
Dunia
MakanBola
FAM
Advertisements

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 menyaksikan perjalanan pasukan negara bakal bermula Jun ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon secara atas kertas dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk memperoleh semaksimum mungkin mata apabila diundi bersama tiga lagi pasukan dalam kumpulan E.

Advertisements

Malaysia bakal berhadapan dengan cabaran oleh Bahrain, Turkmenistan dan juga Bangladesh dalam usaha untuk merebut 11 slot yang ditawarkan.

Namun begitu, Pan-gon sudah melaungkan amaran bahawa pasukan Harimau Malaya mampu untuk memperagakan aksi yang diharapkan disebabkan gelanggang menjadi faktor yang mampu menjelmakan kejayaan buat Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini, pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) telah pun memberi kelulusan untuk Malaysia menjadi salah sebuah venue daripada lima yang telah dipilih bagi kejohanan ini.

Ia sudah pastinya memberi kelebihan apabila pasukan ‘segar’ dengan sentuhan jurulatih yang berasal dari Korea Selatan ini bakal beraksi di hadapan para penyokong Ultras Malaya.

Advertisements

Malah, jurulatih berusia 53 tahun ini turut mengakui, kelebihan beraksi di gelanggang sendiri bakal menjadi faktor yang memberi kelebihan buat pasukannya.

Sambil itu, beliau turut mengharapkan pasukan negara dapat mencuri sekurang-kurangnya satu mata bertemu dengan pasukan di tangga ke-89 dunia ini selain mensasarkan dua kemenangan diperoleh menentang Bangladesh dan juga Turkmenistan.

Advertisements

Ini didorong oleh beberapa faktor terutamanya kedudukan Bangladesh yang berada pada kedudukan ke-186 dunia menurut FIFA.

Sungguhpun Turkmenistan dilihat setara dari segi kualiti bersama Malaysia, namun Pan-gon tetap mahu anak buahnya memperoleh mata penuh ketika bertemu dengan lawan yang berada pada kedudukan ke-134 dunia itu.

Advertisements

Ketika ini, Pan-gon bakal memantau aksi para pemain tatkala saingan liga dijangka bermula Mac ini sebagai persiapan untuk perlawanan persahabatan pada bulan hadapan.

News Comments Account