Peluang Pemain Muda Pikat Hati Kim Pan Gon
MakanBola
Johor Southerns Tiger & Terengganu FC

Beberapa pemain muda yang dipanggil oleh Kim Pan Gon untuk menyarung jersi Harimau Malaya bagi perlawanan menentang Filipina dan Singapura kelak meraih perhatian penyokong. Ini kerana nama-nama tersebut dipanggil buat kali pertama.

Antaranya ialah Shio Hong Wan, Ramadhan Saifullah dan Rahadiazli. Ketiga-tiga pemain tersebut berpeluang melakukan penampilan pertama bersama skuad kebangsaan kelak. Malah panggilan ini menunjukkan bahawa Kim Pan Gon sedang menilai dan memberi peluang buat ubi muda untuk membuktikan kemampuan sebenar mereka.

Ad
shio Peluang Pemain Muda Pikat Hati Kim Pan Gon
Hong Wan bersama JDT

Shio Hong Wan yang mempunyai pengalaman bermain bersama skuad muda Wolverhampton Wanderers berpeluang menunjukkan kemahirannya mengawal jentera tengah pasukan. Malah musim ini beliau sudah mula diturunkan dalam perlawanan kompetitif. Hong Wan baru sahaja berusia 22 tahun pada tahun ini.

Ad
ramadhan 1 Peluang Pemain Muda Pikat Hati Kim Pan Gon
Aksi Ramadhan bersama JDT

Manakala seorang lagi pemain JDT, Ramadhan Saifullah yang kini kembali cergas setelah pulih daripada kecederaan hampir semusim pula bakal bersaing dengan rakan sepasukannya di JDT iaitu Arif Aiman, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh. Namun beliau yang merupakan pemain sayap kanan turut mampu beraksi di sayap kiri. Ini memberikan Ramadhan kelebihan untuk beraksi kelak.

rahadi Peluang Pemain Muda Pikat Hati Kim Pan Gon
Rahadiazli miliki ketinggian 1.92 meter

Selain itu, penjaga gol muda Terengganu, Rahadiazli juga antara yang disebut-sebut penyokong ekoran kelebihan beliau dari segi fizikal iaitu ketinggiannya yang mencecah 1.92 meter. Rahadi yang baru pulih daripada kecederaan ACL kini berpeluang melakukan debut pertama Harimau Malaya selain meraih perhatian Nafuzi Zain dalam pemilihan pemain utama Terengganu kelak.

Ad

Selain tiga nama tersebut, Sharul Nazeem yang merupakan pemain tengah Selangor turut berpeluang melakukan penampilan antarabangsa pertama setelah beliau sebelum ini terlepas peluang tersebut ekoran ditimpa kecederaan.

Ad

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana skuad Malaysia bakal beraksi dibawah kendalian jurulatih baharu dengan penglibatan beberapa pemain muda yang berpeluang meraih penampilan pertama mereka bersama Harimau Malaya.

Ad