Dunia
Advertisements

Pemain Pahang, R.Dinesh mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad Tok Gajah selepas rakan sepasukannya Zubir Azmi telah dilepaskan oleh Pahang untuk musim 2020 ini. Pemain itu berpeluang untuk mendapatkan posisinya iaitu bek kiri yang sebelum ini diisi oleh Zubir Azmi.

Musim 2020 adalah musim kelimanya bersama pasukan dan dalam tempoh empat tahun, R. Dinesh hanya membuat 23 penampilan bersama Pahang dan ianya satu statistik yang sedikit mengecewakan bagi pemain muda yang pernah dilabel bintang dalam pembikinan.

Namun menurutnya, bukan mudah transisi daripada pemain muda kepada tahap pemain senior. R. Dinesh merupakan antara tonggak skuad muda negara yang berjaya membawa Malaysia melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan AFC B-16 pada tahun 2014.

Advertisements

“Tahun lalu, saya telah menunjukkan prestasi yang cukup baik dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 tetapi untuk Sukan SEA Filipina baru-baru ini, prestasi saya di bawah tahap sebenar. Ia adalah satu peringatan buat saya,” jelasnya.

“Saya jadi lebih bersemangat untuk memperbaikinya dan tindakan pasukan mengekalkan saya menunjukkan mereka percaya dengan bebolehan saya,” tambahnya lagi sambil berkata ketika ini hanya Faisal Rosli adalah pesaingnya untuk merebut posisi bek kiri.

RD Peluang R.Dinesh Dapatkan Kesebelasan Utama Pahang
R.Dinesh

“Jelas sekali Faisal Rosli lebih berpengalaman, saya masih muda.

Advertisements

“Saya suka membantu pasukan ketika menyerang dan saya ada kelebihan dari segi kepantasan. Diharapkan kualiti ini membantu saya untuk dipilih ke dalam skuad utama pasukan,” jelasnya.

R. Dinesh percaya pada usia 22 tahun, beliau masih belum lagi terlambat untuk mengembalikan namanya ke dalam peta bola sepak Malaysia dan beliau juga tidak pernah berputus asa.

“Selama ini, saya tidak pernah berputus asa dan sentiasa cuba untuk mencapai potensi saya yang sebenar,” tambahnya lagi.

Advertisements

Dengan ketiadaan Zubir Azmi dan juga usia yang mencemburui Faisal Rosli, mungkin musim inilah masa buat R. Dinesh untuk tampil ke depan untuk menyerlahkan kemampuannya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram