Advertisement
Alan Robertson Diumumkan Sebagai Import Baru Kedah
Dunia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Walaupun telah membawa masuk Manny Ott dan Amirbek Jurobaev, Kedah terus memburu awang import bagi memantapkan pasukan menjelang Liga Super musim depan. Hari ini, Helang Merah mengesahkan telah membawa masuk bekas bek tengah United FC, Alan Robertson.

Pengumuman penyertaan bekas pemain remaja Barnet FC itu diumumkan Kedah menerusi laman media sosial mereka.

Memulakan karier bersama University of Pretoria FC, dia bagaimanapun hanya merekodkan satu penampilan sebelum menyertai AmaZulu pada 2015. Tetapi di Stellenbosch FC, Robertson merekodkan 89 penampilan dan membina nama sebagai bek tengah yang boleh diharap.

Selepas memilih untuk tidak bersama Stellies awal tahun ini, dia menyertai United City (Filipina) dan merekodkan 17 penampilan dalam semua kejohanan.

Dengan ketinggian 184 cm, Robertson boleh menjadi aset dalam situasi bola mati dan menangani hantaran-hantaran bola tinggi. Dia bakal mengisi slot pemain import pasukan Liga Simpanan Kedah musim 2023.