3 Pemain Akademi Mokhtar Dahari Terpilih Jalani Ujian Percubaan Di Eropah
Dunia
Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari
Advertisements

Tiga Pemain Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) telah berlepas pagi ini ke Perancis bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab di sana. Mereka dijangka akan menjalani latihan percubaan bersama Kelab FC Annecy di Perancis dan Racing FC di Luxembourg bermula 2 Jun sehingga 19 Jun 2022.

Ketiga-tiga mereka merupakan antara pemain terbaik AMD Generasi 2005 di mana kedua daripada mereka iaitu Mohammad Haykal Danish dan Rohisham Haikal pernah bermain bersama Kelab Paris Saint-Germain (PSG) Bawah 13 tahun (B-13) dalam satu Kejohanan Antarabangsa V Memorial Giuseppe Augello di Rome, Itali pada tahun 2018.

Seorang lagi pemain yang terlibat iaitu Muhammad Abu Khalil juga merupakan pemain utama Skuad Piala Presiden AMD yang kini berada pada tangga pertama pada kedudukan pasukan dalam saingan Piala Presiden 2022. Pemergian mereka ke Perancis diiringi oleh Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene serta Jurulatih Bawah 17 Tahun AMD, Amarul Naza Mohamad.

Advertisements

Penghantaran pemain-pemain terbaik AMD bagi menjalani latihan percubaan bersama kelab-kelab terkemuka luar negara ini merupakan inisiatif Sekretariat NFDP bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi meningkatkan kebolehpasaran pemain selepas tamat pengajian di AMD. Program ini telah tertangguh hampir 2 tahun akibat pendemik Covid 19 dan akan diteruskan untuk semua generasi di AMD.

Semoga ketiga-tiga harapan negara ini akan terpilih untuk bersama kelab-kelab tersebut serta di permudahkan segala urusan disana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram