Pemain Cuba Tak Mampu Berikan Jersinya Kepada Lawan
TV
teamrussia
Advertisements

Seorang pemain Cuba menarik perhatian ramai di media sosial susulan tindakannya tidak memberi jersi beliau kepada lawannya.

Perkara ini berlaku kepada pemain tengah Cuba, Fabian Gloor. Ini selepas pemain Rusia, Anton Miranchuk mahu bertukar jersi dengan beliau.

Bagaimanapun, pemain tengah FC Zurich itu terpaksa menolak dengan sopan permintaan beliau.

Advertisements

Ini kerana jersi Cuba yang digunakan Gloor itu merupakan satu-satunya jersi beliau yang ada. Sekiranya beliau memenuhi permintaan Miranchuk, maka Gloor perlu membayar kos gantian untuk jersi baru.

Penjelasan pemain muda berusia 21 tahun itu mendorong Miranchuk dan beberapa pemain Rusia lain untuk bersalaman dan mengucapkan selamat berjaya kepadanya.

Video insiden ini disiarkan oleh akaun Instagram rasmi pasukan Rusia. Ramai memuji perilaku kedua-dua pemain kerana saling menghormati antara satu sama lain untuk hal tersebut.

Advertisements

Gloor membuat debut untuk Cuba dalam perlawanan persahabatan negara itu dengan Rusia. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan besar 8-0 untuk pelawat.

Menariknya, Miranchuk merupakan salah satu penjaring dalam perlawanan tersebut. Sofascore turut merekodkan 7.5 mata atas persembahannya pada babak pertama.

Video penuh: Fabian Gloor Tak Beri Jersi

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram