Dunia
PSSI
Advertisements

Menjelang aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 membabitkan Vietnam dan Indonesia, perlawanan tersebut dijangka menarik dan sengit. Tetapi kualiti buruk padang di Stadium Nasional My Dinh (SNMD), Hanoi dijangka bakal menggugat kelancaran aksi kedua-dua pasukan malam ini.

Sebaik turun berlatih untuk sesi latihan di SNMD semalam, para pemain Tim Garuda menggeleng kepala melihat keadaan padang. Banyak rumput dilaporkan telah mati dengan sebahagian permukaan padang telah hilang.

Antara yang menyedari masalah tersebut ialah bekas pemain tengah PSM Makassar, Marc Klok. “Rumputnya lebih buruk berbanding semasa kami bermain di sini (sebelumnya),” katanya selepas tamat sesi latihan pasukan Indonesia semalam.

Advertisements

Klok merujuk kepada perlawanan penentuan pingat gangsa Sukan SEA 2021 yang diadakan di stadium sama pada Mei lepas membabitkan Malaysia dan Indonesia.

Selain Klok, bek tengah JDT, Jordi Amat turut menyuarakan kritikan sama. Bagaimanapun, pada masa sama, dia menyifatkan latihan Tim Garuda berjalan lancar dan sudah bersedia menentang anak-anak buah Park Hang-seo malam ini.

“Tiada masalah dengan padang. Saya melihat keadaannya sangat teruk. Latihan sudah berjalan dengan lancar dan kami mahu memenangi perlawanan esok (hari ini),” katanya.

Advertisements

Isu padang buruk membimbangkan mana-mana jurulatih bola sepak kerana ia berpotensi mencetuskan kecederaan serius kepada pemain.

Ironinya, Hang-seo juga merasa kurang senang dengan permukaan padang SNMD semasa mengendali sesi latihan rasmi pasukan Vietnam di SNMD semalam. Dia dilaporkan meluahkan ketidakpuasan hatinya semasa sesi latihan berjalan.

Park Hang seo Vietnam VFF Pemain Indonesia Tepuk Dahi Lihat Keadaan Padang Di Vietnam
Park Hang-seo juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kualiti padang SNMD. Gambar: VFF

Yang pasti, kedua-dua pasukan berharap dapat layak ke final Piala AFF malam ini tanpa berdepan masalah kecederaan ke atas tonggak-tonggak utama mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram