Amat malang bagi seseorang pemain yang baru bertukar pasukan tetapi kemudiannya mengalami kecederaan. Tetapi itulah yang berlaku kepada pemain tengah veteran Singapura, Shahdan Sulaiman.
Empat jam sebelumnya, kelab barunya Hougang United mengumumkan perpindahan bekas pemain Lion City Sailors itu di laman media sosial mereka.
The Cheetahs berharap pengalamannya bersama Singapura dan Lion City Sailors dapat memantapkan pasukan yang dibimbing Firdaus Kassim selepas menjulang Piala Singapura pada tahun lepas.
Tetapi sejam selepas itu, kelab mengumumkan Shahdan mengalami kecederaan semasa beraksi dalam satu perlawanan pra-musim.
Walaupun tidak mendedahkan kecederaan yang dialaminya, dia sudah selamat menjalani pembedahan dan kini menjalani proses pemulihan.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai reaksi di laman media sosial termasuk pengulas bola sepak Singapura, Rhysh Roshan Rai.
Yang pasti, para penyokong Hougang berharap Shahdan kembali pulih dan dapat membantu pasukan mengharungi Liga Perdana Singapura yang akan bermula pada 19 Februari ini.