Pemain JDT Turun Padang Bantu Mangsa Banjir
Inspirasi
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan situasi banjir di Johor terutama di Batu Pahat mula reda, pelbagai bantuan terus dihulur bagi membantu mangsa banjir yang terjejas. Terbaru, pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mengadakan kunjungan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Sri Medan, Batu Pahat hari ini.

Kunjungan pemain-pemain ini turut disertai oleh kumpulan sukarelawan Boys of Straits, Yayasan JDT dan Southern Volunteers. Selain beramah mesra dan menyerahkan sumbangan kepada penduduk yang terjejas, mereka turut membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir.

Antara pemain JDT yang menyertai kunjungan tersebut ialah Farizal Marlias, Afiq Fazail, Hong Wan, Juan Muniz, Shane Lowry dan penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Fernando Forestieri.

Advertisements

Kehadiran pemain-pemain Harimau Selatan sedikit sebanyak menceriakan hati penduduk terutama kanak-kanak dan remaja yang terkesan akibat musibah banjir.

Kunjungan ini dilihat komitmen JDT bagi membantu mangsa banjir Johor yang terjejas. Sebelum ini, Harimau Selatan turut mengumumkan kutipan tiket empat perlawanan sepanjang bulan Ramadan akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir Johor.

Sebaik kisah ini dimuatnaik di laman media sosial rasmi kelab, ia mendapat pujian ramai warganet. Ini kerana ini menunjukkan dalam memburu kecemerlangan di atas padang, JDT juga tidak lupa membantu golongan yang memerlukan bantuan terutama yang ditimpa musibah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram