Pemain Kacukan Indonesia Diburu Kelab UCL
Dunia
FC Twente
Advertisements

Musim perpindahan Januari menyaksikan ramai pemain berpindah kelab seperti Mykhailo Mudryk (Chelsea) dan Wout Weghorst (Man Utd). Di Eredivisie, bintang muda Twente berdarah Indonesia, Mees Hilgers menjadi buruan tiga kelab Belanda termasuk Ajax Amsterdam.

Hilgers, 21, beraksi sebagai bek tengah dan membantu Twente mencabar kedudukan atas Eredivisie ketika ini. Bagaimanapun, kontraknya dijangka berakhir pada akhir musim tetapi The Tukkers mempunyai pilihan lanjutan kontrak selama setahun.

Pendahulu liga ketika ini, Feyenoord dua kali cuba mendapatkan Hilgers tetapi gagal. Selain Feyenoord, Ajax Amsterdam dan PSV Eindhoven juga memburu bek tengah muda berdarah Belanda-Indonesia itu.

Advertisements

Ajax yang beraksi di UCL musim ini melihat Hilgers dapat menyegarkan semula pasukan untuk baki saingan Eredivisie musim ini. Ketika ini, Ajax menduduki tempat kelima dalam liga dengan pengurus Alfred Schreuder berada dalam kedudukan goyah.

Prospek Hilgers sebagai pemain naturalisasi baru Indonesia kelihatan cerah lebih-lebih lagi ibunya berdarah Manado. Walaupun proses naturalisasi yang digerakkan sebelum ini gagal, bek tengah muda itu tidak menolak mewakili Indonesia pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram