Pemain Kacukan Jepun-Brazil Kembali Ke Liga Malaysia
Dunia
Bkkfcofficial
Advertisements

Pemain kacukan Jepun-Brazil, Bruno Suzuki sah akan kembali ke Liga Malaysia pada musim hadapan.

Penyerang berusia 32 tahun ini membuat satu hantaran di laman rasmi Instagram miliknya menyatakan bahawa beliau telah meninggalkan kelabnya, Bangkok FC.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu mendedahkan kelab apa yang bakal disertainya untuk menghormati kontrak.

Advertisements

“Saya tinggalkan Bangkok FC kerana menerima beberapa tawaran daripada kelab Liga Malaysia.

“Saya juga bertanya kepada kelab saya dan bos saya berkenaan hal ini dan mereka bersetuju dengan saya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal.

Tambah Bruno, beliau sangat merindukan suasana bola sepak di Malaysia oleh sebab itu beliau membuat keputusan untuk kembali.

Advertisements

“Sejujurnya, saya rindu Liga Malaysia kerana sebelum ini saya telah beraksi selama 5 tahun.

“Setakat ini, saya tak boleh memberitahu kelab apa yang saya sertai. Kamu perlu tunggu sahaja,” katanya.

Sebelum ini, pemain berusia 32 tahun itu telah beraksi bersama tiga pasukan di Liga Malaysia iaitu Terengganu, Negeri Sembilan dan PDRM FC.

Advertisements

Bekas pemain PDRM ini berkelana ke Liga Thailand pada bulan Ogos yang lepas dan telah menamatkan kontraknya dengan lebih awal bersama Bangkok FC di atas persetujuan bersama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram