Dunia
Advertisements

Skuad Lang Merah telah melalui cabaran getir ketika jelajah pramusim yang bermula 5 Januari lalu di Kemboja apabila enam orang pemainnya mengalami demam disamping termasuk faktor cuaca panas.

Menurut ketua jurulatih skuad Lang Merah, Aidil Sharin Sahak, beliau tetap melakukan percaturan terbaik bagi melengkapkan siri jelajah pramusim yang cuma berbaki satu lagi perlawanan iaitu menentang Phnom Penh esok meskipun berdepan cabaran kesihatan dan cuaca.

“Suhu panas mencecah 36°c dan enam pemain demam memaksa saya membuat perancangan sewajarnya dalam usaha memantapkan pasukan. Sepanjang pramusim ini, enam pemain iaitu Kpah Sherman, Amin Nazari, Shakir Hamzah, Renan Alves, Tam Sheang Tsung dan David Rowley mengalami demam.

Advertisements

“Namun dengan pertukaran pemain dalam perlawanan, segala perancangan berjalan lancar sepanjang empat perlawanan setakat ini,” katanya.

lawan 1 Pemain Kedah Demam Di Kemboja, Dikhuatiri Terkena Virus Influenza
Kedah ketika menentang Angkor Tiger

Dalam tiga perlawanan pramusim dilalui Kedah di Kemboja sebelum ini, skuad Lang Merah bermula dengan kemenangan selepas menewaskan Visakha 1-0 hasil jaringan Zaquan Adha pada 7 Januari lalu.

Advertisements

Mereka tewas kepada kelab yang menduduki tangga kedua liga Cambodia, Nagaworld FC pada 9 Januari dengan 2-3 melalui gol sumbangan Kipre Tchetche dan Hadin Azman.

Aksi ketiga pada Jumaat lalu menyaksikan Kedah kembali bangkit menewaskan Boeung Ket FC 4-1 hasil jaringan hatrik Kpah Sherman dan Zaquan Adha.

Advertisements

Kedah kini berada pada fasa akhir pramusim bagi merebut Piala Smart RSN 2020 dan mengatur langkah kanan menewaskan Angkor Tiger FC 1-0 dan seterusnya melengkapkan saingan bertemu tuan rumah kejohanan iaitu Phnom Penh Crown FC esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram