Pemain Kem Kim Pan-gon Dikesan Tunjuk Perubahan Drastik Sekembalinya Ke Kelab Masing-Masing
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Para pemain pasukan kebangsaan yang telah pun dipilih oleh barisan kejurulatihan baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon telah dikesan menampilkan persembahan yang sangat baik bersama pasukan masing-masing.

Jurulatih berusia 52 tahun itu membawa harapan yang sangat besar untuk mengembalikan semula reputasi pasukan kebangsaan selepas melalui perjalanan yang suram dalam kejohanan Piala AFF sebelum ini.

Namun begitu, penerapan latihan yang berintensiti tinggi di bawah kepimpinan baharu ini dilihat telah pun memberi sinar baharu buat pasukan negara menjelang kejohanan Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Advertisements

Malah, corak permainan yang ditampilkan dalam perlawanan persahabatan Tri Nations baru-baru ini telah memberi harapan dan mencorakkan dimensi permainan baharu buat skuad kebangsaan.

Walau bagaimanapun, antara aspek positif yang dipamerkan oleh para pemain setelah pulang ke pangkuan masing-masing adalah dari segi mentaliti dan juga keyakinan mereka beraksi di atas padang.

Menurut pemerhatian para penyokong, para pemain yang pulang dari kem latihan pusat pasukan kebangsaan menunjukkan peningkatan yang sangat positif terutamanya dari segi keyakinan beraksi di atas padang.

Advertisements

‘Sesiapa sahaja yang berlatih di bawah Kim pan-gon dalam kem latihan pusat tempoh hari menunjukkan perubahan permainan dan juga mentaliti,’ -Jelas Md Aris.

Bukan itu sahaja, sungguhpun terdapat beberapa orang pemain yang tidak beraksi dalam kesebelasan utama Harimau Malaya tetap menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.

‘Setuju. Dominic Tan lepas kem Kim Pan-gon haritu menunjukkan perubahan yang ketara.’

Advertisements

‘Bertambah hebat dan padu,’ -Jelas Tapingit.

Ujian sebenar Pan-gon adalah untuk memilih barisan terbaik untuk dibawa ke Kelayakan Piala Asia sementara dua perlawanan persahabatan telah pun diatur sebagai langkah persiapan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram