Advertisement
Pemain Muda JDT Zahir Mentaliti Juara
Piala Belia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain muda Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan karakter hebat dan mentaliti juara dalam dan luar padang.

Satu lagi kejayaan manis mewarnai kem selepas pasukan B-14 kelab itu muncul juara Paiala Supermokh 2024 apabila menundukkan wakil Thailand, Buriram United dengan keputusan 2-1.

Kejayaan itu memastikan dominasi kejuaraan hatrik Buriram United berjaya dileburkan oleh pemain muda Harimau Selatan yang berjuang sehabis baik dalam setiap perlawanan yang diharungi.

Didikan yang diterapkan dalam diri setiap pemain yang turun dengan mentaliti kemenangan berjaya membantu pemain untuk terus berjuang tanpa mengira lawan.

Perkara ini dijelaskan oleh kapten JDT B-14, Muhammad Fareez Danial Fadzly yang melihat bahawa pemain muda JDT sudah diterapkan mentaliti juara tak kira siapa lawan yang bakal ditempuhi.

“Kita (JDT) tahu bahawa Buriram United merupakan juara tiga kali berturut-turut. Kami juga tahu bahawa pasukan mereka terbaik tetapi kami JDT, kami datang ke sini dengan mentaliti untuk menjadi juara.

“Bagi saya, ia bukan tahap untuk beraksi menentang mereka,” jelasnya kepada Astro Arena selepas perlawanan.

JDT B-12 pula berjaya merangkul tempat ke-3 selepas menundukkan NFDP B menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2.