Pemain Pinjaman Arsenal Ini Jaringkan Gol Sendiri Paling Jauh
Eropah
the star
Advertisements

Pertahanan VfB Stuttgart, Konstantinos Mavropanos telah menjaringkan gol sendiri dari jarak 48 meter dalam perlawanan Piala Jerman menentang pasukan divisyen dua Paderborn malam tadi.

Pemain yang dipinjamkan dari Arsenal itu menerima lontaran daripada garisan tepi, dan apabila diasak oleh pasukan lawan, beliau membuat hantaran jauh kepada penjaga golnya, Florian Muller. 

Penjaga gol itu bernasib malang kerana tidak dapat bertindak balas dengan cepat,  dan bola itu terlepas sehingga melepasi garisan gol sekaligus gol tersebut dianggap gol sendiri paling jauh dalam sejarah perlawanan.

Advertisements

Selepas kejadian tersebut, Stuttgart terus bangkit dengan gol lewat daripada Gil Dias dan Serhou Guirassy dengan keputusan akhir membenamkan Paderborn 2-1 sekaligus mara ke suku akhir.

Stuttgart dan Paderborn bakal bertemu kembali untuk pusingan 16 dalam Piala Jerman tersebut dan kiraan gol menjadi keutamaan kedua-dua pasukan untuk mendapatkan keputusan sama ada disingkiran ataupun tidak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram