Pemain Sedih, Anggap Satu Kerugian Besar Jika PJ City Tarik Diri
Dunia
PJ City FC
Advertisements

Perkhabaran bahawa PJ City FC akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim depan, ternyata sukar diterima oleh barisan pemain dan pegawai kelab itu.

Mengakui sudah dimaklumkan secara lisan mengenai kemungkinan besar kelab itu ditutup jika tiada pihak yang berminat untuk membeli saham kelab itu, masing-masing masih berharap masih ada sinar untuk PJ City kekal beraksi.

Salah seorang pemain tonggak PJ City, tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apatah lagi menurutnya kelab berpangkalan di Lembah Klang itu satu-satunya kelab yang mempercayai sepenuhnya kudrat pemain tempatan.

Advertisements

“Memang saya dan kawan-kawan ada dengar khabar angin yang mengatakan kelab ini akan dijual pada musim depan. Tetapi setakat ini masih belum ada ‘hitam putih’ (dokumen rasmi) yang diberikan kepada kami.

“Bagaimanapun, kami masih berharap kelab ini tidak akan tutup dan kekal bersaing dalam Liga Super musim depan. Ini kerana PJ City banyak berjasa kepada setiap pemain dan bagi peluang kepada perkembangan karier kami.

“Malah, saya ada mendengar cerita ada di antara pemain yang masih berharap dapat bersama kelab ini musim depan walaupun sudah mendapat tawaran daripada kelab lain.

Advertisements

“Jadi, saya minta kalau boleh pihak pengurusan tertinggi PJ City, tolong jangan tutup kelab ini. Kami masih sayang dengan kelab ini,” kata pemain yang tidak mahu namanya didedahkan itu kepada Sinar Harian.

Seorang lagi pemain berkata, walaupun PJ City hanyalah sebuah kelab kecil dengan bajet terhad, mereka telah membuktikan boleh bersaing malah lebih istimewa terdapat pemain-pemain yang berjaya memecah masuk ke dalam skuad kebangsaan.

“Bagi saya, ia satu kerugian sekiranya kelab ini ditutup. Ini kerana kalau diikutkan prestasi semasa pasukan ketika ini, bukan mereka tidak mampu untuk bersaing, malah pada musim ini mereka berjaya menewaskan beberapa kelab besar.

Advertisements

“Dengan adanya kelab ini, ia memberi peluang bukan sahaja bakat-bakat muda kita, malah ia juga jadi tempat untuk pemain-pemain tempatan membina semula prestasi mereka yang terjejas sebelum ini.

“Antara yang kita dapat tengok ketika ini pemain seperti R.Kogileswaran dan Darren Lok mendapat panggilan untuk mewakili pasukan kebangsaan selepas bersama kelab ini,” katanya.

Sebagai rekod, musim ini adalah musim kedua PJ City, yang dahulunya dikenali sebagai MISC-MIFA menyandarkan sepenuhnya kepada tenaga pemain tempatan untuk memberikan cabaran di Liga Super.

Advertisements

Hanya beberapa minggu yang lalu, Presiden kelab Dato’ Sri Subahan Kamal menegaskan mereka akan mengekalkan prinsip sama dalam Liga Malaysia 2023, iaitu Yakini Lokal meskipun MFL membenarkan setiap pasukan mendaftarkan sembilan pemain import.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram