Advertising
Pembangunan Akar Umbi Jadi Fokus Zainal Abidin
MakanBola
Imigresen FC

Pembangunan akar umbi bakal menjadi fokus legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan selepas terpilih sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Zainal menjadi sebahagian daripada barisan ahli jawatankuasa badan induk itu untuk penggal 2025-2029. Beliau turut dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Ad

Zainal melihat pembangunan bakat tempatan dapat ditambah baik menerusi pengenalan semula liga di peringkat negeri.

Ad

Ini kerana menerusi idea berkenaan, lebih ramai bakat baru dapat dikenal pasti. Ini sekaligus dapat menambah bilangan pemain untuk skuad kebangsaan untuk jangka masa panjang.

“Pemain muda yang habis sekolah, mereka akan menyertai liga ini (liga peringkat negeri). Itulah perjalanan saya, selepas saya main di sekolah, saya bermain untuk kelab Sultan Sulaiman,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Dari kelab Sultan Sulaiman, saya dipilih main untuk pasukan Selangor. Di Selangor, saya dipilih bermain mewakili Malaysia. Di situ landasan yang terbaik (untuk pemain muda).

Ad

“Saya rasa (anggapan liga negeri relevan) pada zaman dulu (itu perlu ditolak), ini hanya landasan yang kita tak boleh ubah. Kita tak boleh dari pergi sekolah kemudian terus main ke negeri atau sampai ke atas (skuad kebangsaan).”

Ad

Zainal turut memaklumkan Jawatankuasa Pertandingan FAM bakal bermesyuarat pada awal Mac ini.

Mesyuarat itu bakal membincangkan sebarang ruang penambahbaikan yang dikenal pasti untuk setiap pertandingan yang dianjurkan FAM.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments