Pemilik Kedah Mengadap TMJ
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bagi pemilik Kedah, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, kejayaan pasukan bukan saja di atas padang tetapi juga di luar padang. Justeru, bagi menjadikan pasukan itu lebih berwibawa, beliau mengadap DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) hari ini.

Turut menyertai Mohd Daud mengadap TMJ hari ini ialah CEO dan pengarah kelab, Encik Khamal Idris Bin Ali. Gambar-gambar sesi tersebut turut dinaikkan di laman media sosial rasmi JDT.

Sesi mengadap ini dianggap satu peluang berharga buat Mohd Daud dan Helang Merah. Ini kerana di sinilah, pelbagai pengalaman dan pengetahuan dikongsikan oleh TMJ kepada beliau dalam membina JDT sebagai sebuah pasukan yang kuat dan dikenali di rantau ini.

Advertisements

Dalam sesi sama, beliau turut menghadiahkan beberapa buah buku kepada TMJ sebagai cenderamata dan tanda junjungan kasih atas segala perkongsian baginda.

Langkah ini dilihat seiring dengan perubahan yang dibawa Mohd Daud kepada skuad Kenari untuk musim 2023. Selain membawa masuk Nafuzi Zain sebagai jurulatih baru Kedah, beberapa pemain berkualiti turut dibawa masuk untuk memperkukuh pasukan.

Ini termasuk bekas pemain import Terengganu, Manuel Ott, Amirbek Jurobaev (Tajikistan) dan bekas pemain import Sri Pahang, Manuel Hidalgo.

Advertisements

Dengan belajar daripada figura yang berjaya seperti TMJ, Mohd Daud berada pada landasan tepat untuk mengembalikan Kedah sebagai sebuah pasukan yang digeruni seperti dulu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram