Pemilik kelab Indonesia, Rans Cilegon, Raffi Ahmad mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau sudah bosan dengan hidup mewahnya.
Menurut laman rasmi Instagram milik Raffi, beliau memaparkan sebuah gambar dirinya bersama kereta jenama Ferrai miliknya itu.
“Bosan lah jadi Sultan, rasanya sudah biasa sahaja,” kata Raffi di Instagram.
Raffi Ahmad juga dikenali sebagai pelakon yang mempunyai syarikat bernama Rans Entertaiment.
Sebelum ini, beliau pernah menjemput bintang dunia iaitu Ronaldinho untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan tiga penjuru yang digelar sebagai ‘Ronaldinho Trophy’
Bukan itu sahaja, Raffi malah menjemput bintang dunia itu menghadiri upacara perasmian jersi kelab Rans Cilegon.
Untuk pengetahuan, Rans Cilegon berjaya naik ke Divisyen 1 Liga Indonesia pada musim 22/23 ini dan kini menduduki tangga ke-14 liga dengan rekod dua seri dan satu kekalahan.