Pemilik MyCujoo Jadi Pesaing TMJ di Valencia
Dunia
Advertisements

Jutawan Itali, Andrea Radrizzani yang juga merupakan pemilik baharu MyCujoo dilaporkan berminat untuk membeli kelab La Liga, Valencia CF.

Andrea yang juga merupakan pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Leeds United ingin memasukkan Valencia dalam portfolio jangka panjangnya untuk kelab eropah. Beliau juga pernah dikaitkan dengan pemilikan kelab bola sepak di Qatar.

Andrea sebelum ini dilaporkan sudah lama memasang impian untuk mendapatkan pemilikan Valencia memandangkan beliau mempunyai keinginan untuk membantu pasukan gergasi yang sedang dalam kejatuhan sama seperti yang dilakukannya di Leeds United.

Advertisements

Seperti yang dilaporkan portal berita Sepanyol, Marca English, Andrea mempunyai potensi besar untuk mengambil alih Valencia memandangkan beliau pernah berurusan dengan pemilik Valencia yang juga usahawan dari Singapura, Peter Lim.

Baca juga: Dani Guiza Beri Amaran Kepada Penyokong Valencia.

Andrea juga dilaporkan berusaha untuk mendapatkan majoriti saham di Valencia sejak Ogos 2020 walaupun hasratnya ditentang rakannya sendiri Peter Lim.

Advertisements

Baru-baru ini Tunku Ismail Idris (TMJ) dikaitkan dengan pembelian kelab dari Sepanyol berkenaan namun ianya di sangkal Presiden Valencia yang menyatakan Valencia tidak akan dijual.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram