Ads
Dunia
EuroFoot

Selepas menjadi pemilik penuh Paris Saint Germain, Qatar Sports Investments (QSI) tidak pernah duduk diam mencari peluang pelaburan baru. Terkini, QSI sedang mengintai peluang untuk mendapatkan pegangan saham atau pemilikan sebuah kelab EPL.

Advertisements

Khabar angin ini mula bertiup selepas pengerusi QSI yang juga presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi mengadakan pertemuan dengan pengerusi Tottenham Hotspur, Daniel Levy di sebuah hotel di London pada minggu lepas.

Advertisements

Bagaimanapun, apabila Sky Sports News cuba mengesahkan perjumpaan tersebut berlaku atau tidak, ia dinafikan oleh Spurs.

Advertisements

Advertisements

Sebelum ini, QSI sudah mempunyai pegangan minoriti dalam kelab Portugal, Sporting Braga. Tetapi selepas kejayaan Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, QSI kelihatan mahu meneruskan idea pemilikan kelab-kelab seperti dilakukan City Football Group (CFG) dan Red Bull.

QSI pernah menunjukkan minat mendapatkan pegangan kelab EPL yang berpangkalan di Yorkshire, Leeds United semasa mereka berada di Liga Kejohanan pada 2019. Tetapi sejak itu, minat mereka seakan terpadam.

Advertisements

Tetapi sejak beberapa bulan lepas, Manchester United dan Liverpool sedang mencari pemilik baru bagi menggantikan pemilik sekarang iaitu keluarga Glazers dan Fenway Sports Group. Jika QSI menjadi pemilik salah satu kelab ini, ia dianggap satu pelaburan berbaloi lebih-lebih lagi dengan profil kedua-dua kelab sebagai kelab global yang diminati ramai.

Advertisements

Bagaimanapun, QSI perlu ingat bahawa UEFA tidak membenarkan dua pasukan atau lebih yang dimiliki pemilik yang sama daripada bertanding di kejohanan Eropah. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada peraturan sama terpakai kepada pemilik yang mempunyai pegangan minoriti dalam kelab-kelab.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram