Selangor mendapat gol saat akhir menerusi sepakan penalti ketika aksi suku akhir Piala Malaysia dan ini jawapan ringkas oleh jurulatih Negeri Sembilan, Nidzam Jamil.
Perlawanan antara Negeri Sembilan vs Selangor dalam aksi suku akhir Piala Malaysia berakhir dengan kemenangan 1-0 untuk pelawat hasil jaringan Chrigor Moraes di penghujung aksi.
Tendangan penalti pada masa tambahan itu dihadiahkan oleh pengadil setelah Chrigor Moraes dikasari oleh pemain Negeri Sembilan, Harith Samsuri sebelum disempurnakan mesin gol dari Brazil itu.
Selepas aksi tamat, Nidzam Jamil yang ditemui di sesi sidang media bersetuju dengan keputusan pengadil untuk memberi tendangan penalti kepada Selangor setelah meneliti rakaman video.
“Ya, (itu memang) sepakan penalti,” ujar Nidzam Jamil secara ringkas dibuat sesi sidang media.
“Saya menyaksikan perlawanan itu dari tepi padang sebentar tadi dan berdasarkan rakaman video kami, ia jelas tendangan penalti.”
Oleh itu, Nidzam Jamil berharap Harith Samsuri dapat belajar sesuatu daripada insiden itu selain meluahkan kebimbangan tentang situasi berulang apabila pemain Selangor membawa bola masuk ke kawasan tuan rumah.
“Cuma, situasi sebelum kejadian itu sebenarnya masih boleh dielakkan. Penalti tetap penalti. Saya fikir Haris Samsuri akan belajar daripada insiden itu. Saya akan bincang dengannya.”
“Namun, apa yang menjadi kebimbangan saya adalah situasi sebelum membawa bola ke dalam kotak penalti itu, kerana perkara sama telah berlaku satu atau dua kali sebelum ini.”
“Kami perlu memperbaiki aspek itu pada detik berkenaan.”
Perlawanan timbal balik Selangor vs Negeri Sembilan bakal berlangsung pada Ahad, 14 Februari di Stadium MBPJ bagi menentukan slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2025-2026.