Penampilan Ke-2 Dion Cools di Liga Europa Catat Keputusan Positif
Eropah
FC Midtjylland
Advertisements

Pertahanan kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools membuat penampilan ke-2 di pentas Liga Europa UEFA bersama pasukan diwakilinya, FC Midtjylland.

Dalam perlawanan terbabit, FC Midtjylland bertandang ke Stadium Red Star bertemu Crvena Zvezda dan berjaya memperoleh 3 mata penuh di tempat lawan.

Dion Cools diturunkan sebagai pemain gantian menggantikan Joel Andersson pada minit ke-75 untuk memperkukuh kelebihan jaringan diperoleh pasukannya.

Advertisements

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain muda Brazil, Evander da Silva Ferreira pada minit ke-56 sekaligus menghadiahkan kemenangan pertama FC Midtjylland selepas 4 perlawanan.

Midtjylland kini ditangga ke-3 kumpulan F dengan 5 mata dan mempunyai baki 2 perlawanan lagi untuk memungut mata maksimum untuk layak ke pusingan kalah mati.

FC Midtjylland akan bertemu SC Braga pada 25 November 2021 dan Ludogorets Razgrad pada 9 Disember 2021 dalam misi untuk layak ke pusingan seterusnya.

Advertisements

Dion Cools sebelum ini turut menolak khabar angin beliau tidak mahu mewakili Malaysia lagi dan menjelaskan beliau tetap berbangga beraksi bersama Harimau Malaya.

Dion Cools sebelum ini tidak dapat menyertai kem latihan dan perlawanan persahabatan bersama pasukan Malaysia di Jordan berikutan belum pulih sepenuhnya dari kecederaan dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk menyertai kem negara ke kejohanan Piala Suzuki AFF 2021 yang dijadualkan berlangsung pada 5 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram