Advertisement

Follow us:

Penang FC Sambar Bek Tengah Korea

Ahn Sae hee Hoang Anh Gia Lai FC Penang FC Sambar Bek Tengah Korea
Hoang Anh Gia Lai FC
Azim Noor
@mohdazim45
12:55pm 31/12/2022
Pivo

Selepas kempen hambar Liga Super musim lepas yang menyaksikan Penang FC kalah 15 kali dan kerap dibolosi lawan, pengurusan pasukan itu tidak mahu pisang berbuah dua kali. Atas sebab ini, mereka mendapatkan bek tengah Korea Selatan, Ahn Sae-hee.

Sebelum ini, wujud ura-ura skuad Harimau Kumbang yang dibimbing Manzoor Azwira Abdul Wahid mengintai khidmat bekas bek tengah Hoang Anh Giang Lai (HAGL) itu. Semalam, perpindahan Sae-hee telah disahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Kehadiran bekas bek tengah Pohang Steelers itu diharap dapat mengatasi masalah pertahanan rapuh yang dialami Penang FC musim lepas. Sae-hee dijangka bergandingan dengan seorang lagi awang import dari Myanmar, Zaw Min Tun di bahagian bek tengah.

Kebanyakan karier permainan Sae-hee dihabiskan di Korea Selatan dengan HAGL (Vietnam) merupakan kelab luar pertamanya. Selain HAGL dan Pohang Steelers, dia juga pernah beraksi dengan Busan IPark, FC Anyang dan Daejeon Citizen.

Sae-hee merupakan pemain import ketujuh Penang FC. Selain Sae-hee dan Min Tun, Harimau Kumbang turut mengikat khidmat Ryu Yamaguchi, Curt Dizon, Soony Saad, Giovane Gomes dan Adriano Narcizo.