Pencabar baharu rekod jaringan Arif Aiman Hanapi bagi aksi Piala Malaysia semakin mencabar.
Skuad kendalian Hector Bidoglio menempah tiket final buat kali kelima berturut-turut selepas menundukkan Terengganu dengan agregat 6-1.
Jaguh Pantai Timur, Sri Pahang bakal menjadi halangan terakhir skuad Harimau Selatan yang mara ke pentas akhir selepas 11 tahun tidak melakukannya.
Perebutan penjaring terbanyak edisi Piala Malaysia masih lagi terbuka dengan peledak sensasi Brazil, Bergson mendahului carta dengan 6 gol.
Perebutan ini berlangsung sengit tatkala dua pemain, Heberty dan Manuel Hidalgo masing-masing terikat dengan 4 jaringan setakat ini manakala Arif (3).
Pertemuan penting ini sekali lagi berlaku selepas 11 tahun yang menyaksikan Sri Pahang melakar kemenangan ke atas JDT menerusi penentuan penalti bagi aksi Piala Malaysia.
Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam misi untuk melengkapkan koleksi 4 trofi bagi musim 2024/25 setelah dua musim melakar rekod tersebut.