Pendapat Kim Pan-gon Tentang Akhyar Rashid
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama Kim Pan-gon dengan menjadi watak penting sekaligus membuktikan prestasinya yang cemerlang selepas mudah menewaskan Filipina dengan keputusan 2-0.

Menurut Pan-gon Akhyar telah membuktikan bahawa beliau layak berada dalam skuad utama kelmarin apabila beliau memulakan aksi pertama dengan lain macam.

Jurulatih baharu itu meluahkan rasa gembira dengan prestasi yang dipamerkan anak buahnya kerana beliau melihat setiap pemain mampu mengikut corak permainan yang telah dirancang dengan baik.

Advertisements

“Akhyar mempunyai permainan yang bagus tetapi saya dapat lihat semua pemain Malaysia mempunyai kualiti mereka sendiri. Mereka harus percaya pada diri mereka sendiri bahawa mereka cukup baik,” katanya.

Dalam pada itu, Pan-gon turut menghargai kesungguhan yang diperagakan pemain sebagai satu pasukan yang mantap. Namun ia bukan habis disitu, beliau akan cuba langkah demi langkah untuk mencapai visi dan misi yang diimpikan pasukan kebangsaan.

“Saya teruja untuk permainan ini. Untuk seminggu terakhir di kem latihan, pemain menunjukkan keinginan mereka. Saya menghargai pemain yang bekerja keras sebagai satu pasukan. Mereka berusaha keras untuk mengikuti struktur pasukan.”

Advertisements

“Sukar untuk saya jelaskan tetapi kami mempunyai model permainan kami sendiri. Kami cuba langkah demi langkah,” jelasnya kepada Harian Metro.

Selepas ini, Harimau Malaya akan turun sekali lagi pada Sabtu ini untuk menentang pasukan Singapura dalam usaha untuk membentuk persefahaman dan juga mengekalkan rentak kemenangan pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram