Advertising
Pendekatan Filipina Lawan Malaysia Masih Misteri
Harimau Malaya
MakanBola
The Azkals

Penyerang Malaysia, Darren Lok menganggap pendekatan atau strategi Filipina masih kekal misteri menjelang aksi pertama Pestabola Merdeka pada Rabu.

Darren antara lapan pemain yang kembali dipanggil oleh pengendali negara, Pau Marti setelah disisihkan ketika Kelayakan Piala Dunia 2026 Jun lalu akibat kecederaan.

Khidmat penyerang Sabah ini ditagih bagi memperkuat jentera serangan pasukan di samping keberadaan pemain seperti Paulo Josue, Syafiq Ahmad dan Romel Morales.

Ad

Menurut Darren, penukaran jurulatih yang dilakukan oleh Filipina menyebabkan kesukaran buat skuad negara untuk melakukan analisis mengenai sistem permainan pasukan lawan.

Ad

“Kita sedia maklum mereka (Filipina) menukar jurulatih mereka baru-baru ini, itu memberikan sedikit kesukaran buat kita,” ujar Darren ketika ditemui di sesi latihan pada Isnin.

“Kerana kita tidak tahu apa yang bakal dilakukan oleh mereka, kita tak tahu apa sistem yang bakal diterapkan jurulatih baharu mereka.”

Ad
Ad

Tambah beliau lagi, aksi pada Rabu dijangka sengit buat skuad Harimau Malaya dengan Filipina mempunyai bakat-bakat muda berkualiti di samping jurang ranking yang tidak begitu jauh.

Ad

“Akan tetapi mereka mempunyai ramai pemain muda yang bermain di luar negara jadi kita tak boleh memandang rendah mereka dan (kedudukan ranking) mereka tidak jauh di belakang kita sejujurnya.”

Walau bagaimanapun, pemain kacukan England-Malaysia ini percaya rakan sepasukannya mampu memberikan aksi terbaik bagi layak ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka.

“Kita tahu ini bukan aksi yang mudah dan kami perlu beri yang terbaik untuk layak ke final,” tambah pemain berusia 34 tahun itu.

Harimau Malaya sedang sibuk melakukan persiapan untuk bertemu Filipina dalam kejohanan Pestabola Merdeka pada 4 September ini di Bukit Jalil.

Sekiranya skuad negara mencatatkan kemenangan, anak-anak buah Pau Marti akan berdepan pemenang di antara Lubnan dan Tajikistan pada Ahad, 8 September hadapan.