Pengadil Terlepas Pandang Tindakan Pemain Vietnam Tumbuk Theerathon Bunmattan
Dunia
Dantri
Advertisements

Pertembungan antara pasukan Vietnam dan juga Thailand berlangsung sengit sebelum kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.

Terdapat beberapa insiden yang berjaya mencuri perhatian dalam aksi sengit ini termasuklah beberapa keputusan kontroversi yang terlepas daripada pandangan pengadil perlawanan.

Ketika aksi babak pertama berlangsung, anak didik Mano Polking memperoleh peluang terbaik menerusi sepakan percuma.

Advertisements

Namun begitu, terdapat insiden yang kurang menyenangkan apabila para pemain Vietnam dikesan cuba melakukan provokasi terhadpa kapten Thailand itu.

Pemain Vietnam yang memakai jersi nombor 3, Que Ngoc Hai bertindak agresif dengan meluru ke arah Theerathon sebelum cuba melepaskan tumbukan ke arahnya.

Insiden ini gagal mendapat perhatian daripada pengadil perlawanan kerana kejadian tersebut berlaku di belakangnya.

Advertisements

Ngoc Hai sudah beraksi hampir 54 perlawanan sejak tahun 2014 dan hanya mengutip 8 kad kuning dengan tiada catatan rekod kad merah olehnya.

Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 sekaligus menyaksikan skuad Gajah Perang memiliki kelebihan gol di tempat lawan alabila beraksi di Stadium Thammasat, Isnin ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram