Advertisement
Pengarah Kebangsaan Oman Anggap Malaysia Dah Berubah
Dunia
MakanBola
Astro Arena

Pengarah pasukan kebangsaan Oman, Walleed Al Noumani percaya semua pasukan yang bertanding dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 mempunyai matlamat dan misi tersendiri.

Walleed menjelaskan negara-negara yang bertanding memiliki peluang untuk mara ke peringkat seterusnya. Tambah beliau, skuad Malaysia kini sememangnya berbeza dengan skuad terhadulu.

“Selepas kita lihat kepada undian tersebut, peluang untuk semua pasukan adalah sama. Setiap pasukan semestinya berada dalam prestasi terbaik dan berpotensi untuk layak ke peringkat seterusnya, tapi kita tahu hanya dua pasukan sahaja yang akan layak ke pusingan ketiga.”

Walleed dalam pada itu menyedari bahawa pasukan kebangsaan kini mempunyai taktikal dan corak permainan yang baru. Beliau akui, semestinya setiap pasukan memasang cita-cita untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan.

“Kebanyakan skuad kebangsaan kini sudah maju, mereka ada strategi baru. Ya kita pernah lawan pasukan (Malaysia) dahulu, tapi kita perlu perhatikan skuad sekarang. Sudah pasti semua pasukan akan berusaha untuk layak dan menang dalam setiap perlawanan,” ujar Walleed seperti yang dipetik daripada Astro Arena.

Malaysia telah diundi dalam saingan kumpulan D bersama Oman, Kyrgyzstan, dan pemenang antara pertemuan Taiwan dan Timor Leste. Dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan akan mendapat tempat di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 sekaligus mengesahkan slot ke pentas Piala Asia 2027.

Saingan kelayakan pusingan kedua ini dijangka bermula pada November 2023 hingga Jun 2024. Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan pada aksi pertama saingan Kumpulan D pada 16 November kelak.