Penjaga Gol Thailand Kongsi Perbualan Ringkas Dengan Safawi Rasid
Asia
Kamponn/Safawirasid29
Advertisements

Penjaga gol Thailand, Kampon Phatomakkakul berkongsi perbualan ringkas antara beliau dan juga kapten pasukan Harimau Malaya, Safawi Rasid dalam sesi temubual bersama SNE Sport.

Beliau menyatakan Safawi ada menghantar satu mesej mengucapkan tahniah kepadanya selepas menang menentang Malaysia 3-0 dalam saingan Piala AFF Mitshubishi 2022 yang lepas.

Kampon juga menghormati Safawi kerana masih bersama pasukan negara. Beliau memuji sikap Safawi yang sentiasa menyokong antara satu sama lain. 

Advertisements

“Safawi hantar mesej ucapkan tahniah kepada saya selepas tamat perlawanan menentang Malaysia dengan keputusan 3-0.” 

“Saya respect dengan beliau kerana masih beraksi bersama pasukan kebangsaan. Beliau sentiasa menyokong antara satu sama lain,” katanya kepada SNE sport.

Baru-baru ini Safawi Rasid secara rasmi telah diperkenalkan sebagai pemain baharu kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC.

Advertisements

Hasrat beliau untuk kembali memperoleh rentak terbaiknya bersama kelab gergasi Thailand tersebut telahpun menjadi kenyataan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram