Penjelasan Melaka United Berhubung Kenaikan Harga Tiket
MakanBola

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) menjelaskan kenaikan RM5 bagi kutipan tiket menyaksikan perlawanan Melaka United (MU) di pentas Liga Malaysia di Stadium Hang Jebat adalah relevan dengan situasi semasa.

Bendahari Kehormat MUSA, Mohamad Rashidi Othman berkata, ia berikutan kadar harga yang sama turut diguna pakai oleh kebanyakan pasukan Liga Malaysia ketika ini.

Ad

Katanya, kini harga tiket membabitkan Melaka di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput dengan kadar RM15 bagi tempat duduk terbuka dan RM20 bagi berbumbung.

Ad

“Berbanding RM10 dan RM15 pada musim 2019 kenaikan RM5 terbabit berikutan peningkatan kos mengurus setiap perlawanan.

“Peningkatan itu selaras dengan kos semasa bagi MUSA menampung perbelanjaan mengurus perlawanan Liga Malaysia yang sering meningkat setiap tahun,” katanya.

Ad

Beliau berkata, selepas penyokong skuad Hijau Putih menikmati antara kadar harga rendah sejak dua musim lalu, sampai masanya kenaikan terbabit amat diperlukan.

Ad
Sokong Melaka United Penjelasan Melaka United Berhubung Kenaikan Harga Tiket
MUSA tetap berharap kehadiran penyokong meskipun harga tiket naik

Katanya, MUSA memerlukan kira-kira RM35 ribu untuk kos setiap perlawanan termasuk bagi bayaran stadium.

Ad

Berikutan itu, jika terdapat 3,500 penonton yang hadir pada setiap perlawanan membolehkan persatuan menampung perbelanjaan terbabit serta menjana sedikit pendapatan.

Malah, jika jumlah penonton kurang persatuan terpaksa menampung perbelanjaan mengurus sehubungan itu amat wajar ianya dinaikkan pada kali ini.

Apapun, penyokong juga boleh menjimatkan kos tiket perlawanan dengan mendapatkan pas bermusim 2020 bagi menyaksikan semua perlawanan termasuk Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia di Paya Rumput.

Rashidi berkata terdapat enam pilihan pakej yang ditawarkan termasuk pelbagai keistimewaan kepada pemiliknya.

Sehubungan itu, rungutan peminat berkaitan peningkatan harga tiket berkenaan diharap dapat difahami sekali gus bersama-sama membantu kejayaan skuad terbabit kali ini.