Penyokong Berpeluang Nikmati Pengalaman Baharu Di SNBJ
Malaysia
Media Sosial
Advertisements

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac percaya penyokong Harimau Malaya merasai pengalaman berbeza bila berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Selepas ditutup selama beberapa bulan untuk kerja-kerja penambahbaikan termasuk penggantian rumput Zeon Zoysia, kini SNBJ kelihatan lebih segar dan selesa untuk kegunaan penyokong.

“Akan ada dua perlawanan berlangsung nanti dan kami harap Malaysia akan ke final. Tanggungjawab kami di PSM adalah persediaan padang dan semua penyokong yang datang ke stadium nanti.

Advertisements

“Kami baiki tandas, tempat solat macam-macam kita buat yang orang ramai tak tahu. Saya harap rakyat Malaysia akan bangga dengan apa yang kami buat,” katanya kepada Harimau Malaya.

Salah satu penambahbaikan yang dinantikan ramai ialah rumput padang Zeon Zoysia yang dipilih menggantikan rumput cowgrass.

Selain menggunakan teknologi lampu rumput bagi membantu pertumbuhan rumput, PSM turut menggunakan karpet rumput yang dilihat lebih selamat untuk kegunaan pemain bola sepak.

Advertisements

“Kerja rumput sampai dua karpet kita tukar. Kami buat karpet padang dan bukan rumput normal sebab ia lebih selamat buat pasukan. Jadi, semua perkara ini kita telah pertimbangkan sejak beberapa bulan terakhir,” ujarnya.

Rupa baru SNBJ dijangka diketahui esok apabila DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim merasmikan permukaan padang baru esok pada jam 10 pagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram