Penyokong Celtic Enggan Ikut Perintah UEFA, Kibar Ribuan Bendera Palestin
Eropah
BBC
Advertisements

Umum mengetahui pergolakan yang melanda bumi Palestin selepas diserang bertubi-tubi oleh pasukan ketenteraan negara haram Israel. Disebabkan itu, terdapat penyokong kelab eropah mula melancarkan solidariti tanda sokongan terhadap Palestin.

Antara yang melancarkan solidariti itu adalah penyokong kelab Scotland, Celtic FC. Pada aksi Liga Juara-Juara Eropah di antara Celtic dan Atletico Madrid awal pagi tadi, ribuan bendera Palestin telah dikibarkan di tempat duduk penonton.

Sebelum ini, Celtic pernah didenda Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA) atas kejadian yang sama beberapa tahun yang lalu. Namun penyokong bersatu hati untuk sama-sama membantu kelab bagi membayar denda tersebut.

Advertisements

Celtic kini sudah pasti dalam pemerhatian UEFA untuk dikenakan denda atas kejadian mengibarkan bendera Palestin.

Selain penyokong Celtic, penyokong Harimau Malaya juga pernah mengibarkan bendera Palestin di dalam stadium iaitu pada aksi Pestabola Merdeka menentang India tempoh hari.

Dalam satu ciapan di laman X, pengacara terkenal Astro Arena, Hafizal Hamad juga turut berkongsi pendapatnya mengenai solidariti terhadap Palestin.

Advertisements

“Tapi kita solidariti pada Palestin bendera tak boleh masuk stadium. Bulan depan Malaysia main lagi. Takbir!!!,” coret Hafizal di laman X.

Selepas perlawanan menentang India, bendera negara lain yang tiada kaitan tidak lagi dibenarkan untuk dibawa masuk ke stadium. Perkara itu adalah dikatakan bertujuan bagi menjaga ketenteraman awam supaya tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram