Penyokong Gembira Lihat Aksi Darren Lok Walaupun Tidak Jaringkan Gol
Dunia
Darren Lok
Advertisements

Penyerang berpengalaman Harimau Malaya, Darren Lok kembali meniti di bibir pemain bola sepak tanah air selepas kepulangannya memacu kejayaan Harimau Malaya malam tadi.

Beliau mendapat kepercayaan oleh barisan kejurulatihan apabila Kim Pan-gon telah membuat keputusan untuk menggandingkannya bersama-sama Safawi Rasid dan juga Akhyar Rashid untuk mengetuai jentera serangan.

Kelibat Darren menjadi ancaman terbesar buat barisan pertahanan Hong Kong selepas beliau bertindak dengan cukup cemerlang dalam setiap gerakan.

Advertisements

Pemain berusia 32 tahun ini jelas memiliki keyakinan untuk menghidupkan jentera serangan negara apabila bijak untuk berlari dan mencari ruang bagi mendapatkan bola.

Beliau juga sesekali bertindak sebagai ‘target man’ untuk membuka ruang kepada rakan sepasukan melakukan percubaan.

Kesungguhan, dedikasi dan juga kerajinan yang ditonjolkan oleh pemain kelahiran Malaysia-England ini mendapat pujian para penyokong yang amat berpuas hati dengan aksinya semalam.

Advertisements

Menurut satu kenyataan oleh pemain itu sendiri, beliau mengakui terdapat sedikit kehampaan kerana tidak dapat menjaringkan gol sungguhpun banyak peluang dan ruang yang terhidang buatnya.

Namun begitu, ia tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus mempamerkan aksi terbaik setiap kali diberi peluang untuk diturunkan.

“Saya sangat gembira kerana dapat kembali mewakili Malaysia dan pasukan juga mempamerkan aksi yang sangat baik.”

Advertisements

“Saya sedikit kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol tetapi inilah bola sepak dan saya yakin akan meledak pada perlawanan berikutnya.”

Beliau beraksi kira-kira hampir 70 minit sebelum dikeluarkan dan digantikan oleh rakan sepasukan yang juga penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula.

Aksi cemerlangnya juga mendapat pujian oleh wartawan Astro Arena, Keesh Sundaresan yang melihat usaha keras pemain ini hampir-hampir membuahkan hasil namun rezeki tidak memihak kepadanya untuk menjaringkan gol.

Advertisements

Ketiadaan Darren selepas itu nyata memperlahankan rentak permainan pasukan tatkala Malaysia semakin kurang efektif ketika melancarkan serangan sungguhpun memperoleh gol kedua menerusi sepakan percuma Safiq Rahim.

Beliau kini dalam rentak terbaik untuk membantu pasukan menjelang Kelayakan Piala Asia, Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram