Penyokong Indonesia Label Pratama Arhan Sebagai Mangsa ‘Marketing’ Di Jepun
Dunia
IG Pratama Arhan
Advertisements

Melalui perlawanan yang baik dalam kemenangan bersejarah Indonesia menumbangkan Curacao 3-2 semalam, Pratama Arhan seharusnya mendapat tempat bersama kelabnya di Jepun, Tokyo Verdy yang beraksi di divisyen kedua.

Pada aksi pershabatan semalam, Pratama Arhan beraksi dengan cemerlang sekali apabila menyumbang dua bantuan gol untuk memberikan kemenangan buat Sang Garuda yang menewaskan Curacao yang berada di ranking ke-84 dunia itu.

Melalui tinjauan di laman twitter, rata-rata penyokong bola sepak Indonesia menyarankan agar Arhan mencari kelab baharu yang mampu menawarkan minit permainan agar pemain muda berusia 20 tahun itu mampu mengembangkan lagi bakatnya.

Advertisements

Pada musim ini, Arhan hanya diturunkan sekali sahaja bersama Tokyo Verdy dan beliau diletakkan sebagai pemain sayap kanan dalam penampilan pertama beliau itu. Arhan mengutip kad kuning dalam perlawanan tersebut.

Arhan dilabel peminat Indonesia sebagai salah satu medium pemasaran buat Tokyo Verdy yang jelas sekali tidak mahu menggunakan khidmat Arhan. Sebelum kehadiran Arhan di Tokyo Verdy, pengikut instagram kelab itu tidak mencecah 50,000 pengikut namun selepas kehadiran Arhan jumlah pengikut di instagram Tokyo Verdy kini mencecah 465,000 pengikut.

https://twitter.com/hallorisk/status/1573712699015385088

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Pratama Arhan yang berjaya mengekalkan kecergasan dan tahap permainan terbauk apabila beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram