Penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berpeluang bersemuka dengan barisan pemain bintang pasukan tersebut pada 9 Jun ini.
Ini selepas pemain-pemain JDT akan hadir dalam Johor Youth Meetup oleh OMJ anjuran Majlis Belia Johor di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers di semua media sosial rasmi kelab.
Antara pemain yang turut serta dalam aktiviti berkenaan adalah Bergson, Romel Morales, Arif Aiman dan beberapa pemain lain lagi.
“Temui pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT) di Johor Youth Meetup oleh OMJ anjuran Majlis Belia Johor pada 9 Jun 2024 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
“Antara pemain yang menghadiri acara tersebut ialah Bergson da Silva, Safiq Rahim, Romel Morales, Shio Hong Wan, Arif Aiman, Nazmi Faiz dan Farizal Marlias.
“Pelbagai acara menarik akan diadakan dari jam 8.00 pagi hingga 6.45 petang. Jumpa kalian,” umum JDT di laman X.
Inisiatif ini wajar diberikan pujian kerana ianya lebih mendekatkan para pemain, kelab dan juga penyokong setia pasukan JDT.