“Penyokong Malaysia Mengagumkan, Memori Indah Buat Saya” – Michael Weiß
Dunia
Syafiq Freman / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Laos, Hans Michael Weiß kagum dengan cara penyokong Malaysia memenuhi stadium dan menyokong pasukan kebangsaan Malaysia.

Beliau mengakui ianya serba sedikit memberi kesan kepada dirinya dan para pemain dan ia disifatkan sebagai menakjubkan dan memori indah buatnya sebagai seorang jurulatih.

“Tahniah Malaysia, saya rasa kami ada membuat beberapa peluang pada separuh masa pertama dan melepaskan gol yang tidak sepatutnya.

Advertisements

“Saya memberikan kredit atas perjuangan pemain saya dan di sini sekitar 30 ribu atau 40 ribu penyokong adalah amat hebat. Amat mengagumkan buat saya.

“.. dan ianya memberikan saya memori yang hebat kepada saya (melihat sokongan penyokong Malaysia) dan saya kini memandang ke hadapan untuk perlawanan seterusnya,” jelas Michael Weiß semasa sesi sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Beliau yang sebelum ini pernah menimba pengalaman bersama Real Madrid dan Arsenal bukan asing dalam bola sepak Asia Tenggara apabila pernah mengendalikan pasukan Filipina pada tahun 2011 dan membantu The Azkals mempertingkat ranking FIFA kepada 127 terbaik dunia.

Advertisements

Laos kini berada di kedudukan terbawah kumpulan B Piala AFF 2022 selepas tewas kepada Vietnam dan Malaysia dalam dua perlawanan awal.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram