Penyokong Persija Kagum Dengan Aksi Gary Steven Robbat

Gary Steven Robbat 3 Penyokong Persija Kagum Dengan Aksi Gary Steven Robbat
Sabah FC
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Disebalik kemenangan aksi persahabatan menentang Persija Jakarta dengan keputusan 2-1 semalam, aksi pemain tengah Sabah FC, Gary Steven Robbat berjaya mencuri tumpuan penyokong Persija dengan menampilkan persembahan yang sangat baik di atas padang.

Pemain tengah bertahan berusia 30 tahun ini merupakan pemain yang baru berhijrah ke Sabah pada awal musim ini dari kelab gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT). Pada aksi menentang Persija semalam, Gary beraksi dengan sangat cemerlang dan kelibat beliau sentiasa berada di segenap ruang padang untuk melakukan kerja-kerja beliau sebagai seorang pemain berposisi nombor enam.

Satu akaun twitter yang bernama garagarabola melihat Gary sebagai seorang pemain tengah bertahan yangmempunyai corak permainan yang sangat baik.

Ada juga penyokong yang masih mengingati Gary sebagai salah seorang pemain yang disingkirkan untuk dibawa ke Sukan Sea 2011 di Jakarta di mana ketika itu, Malaysia berjaya merangkul pingat emas. Salah seorang pemilik akaun twitter ada menyamakan gaya permainnanya persis bekas pemain AS Roma, Daniele De Rossi.

Gary sememangnya merupakan antara pemain tengah terbaik yang Malaysia miliki dan beliau juga pernah dihantar berlatih bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund pada tahun 2015 sebelum melalui karier berliku gara-gara kecederaan yang kerap menghantui beliau.

Sehingga kini, Gary sudah mengumpul empat kaps bersama pasukan kebangsaan. Jika prestasi beliau dapat dikekalkan ataupun mungkin dipertingkatkan lagi, semestinya nama beliau bakal menjadi sasaran Kim Pan-gon untuk menyarung semula jersi keramat Harimau Malaya.