Aksi final Piala FA menyaksikan segelintir penyokong Selangor yang mula meninggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ketika permainan berbaki 15 minit.
Selangor turun berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut kejuaraan Piala FA bagi edisi ke-34 pada Sabtu.
Walau bagaimanapun, JDT mendahului 2-0 di babak pertama hasil jaringan Juan Muniz dan Arif Aiman.
Selangor mula bangkit di babak kedua dengan menyumbat gol pertama hasil penyudah tajam Alvin Fortes pada minit ke-59 untuk menghidupkan peluang Merah Kuning.
Namun tiga gol dalam tempoh 14 minit menerusi jaringan Bergson Da Silva (minit ke-62), Juan Muniz (minit ke-68) dan Heberty pada minit ke-76 menyukarkan peluang Selangor.
Ketika JDT mendahului 5-1 pada minit ke-75, kelihatan segelintir penyokong Selangor yang mula meninggalkan tempat duduk di SNBJ.
Keputusan akhir, JDT 6-1 Selangor.