Penyokong Persoal Pencalonan Dollah Salleh
Dunia
Sri Pahang FC Official
Advertisements

Baru-baru ini Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan senarai calon bagi kategori-kategori utama yang dipertandingkan di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2022 yang akan diadakan secara virtual pada bulan Disember nanti.

Antara kategori dipertandingkan termasuklah Jurulatih Terbaik, dengan 10 nama jurulatih yang dianggap paling berjaya bagi musim 2022 telahpun disenaraipendek oleh MFL.

Dalam senarai tersebut, nama yang membuatkan penyokong tidak keruan adalah Dato’ Dollah Salleh yang mengemudi Sri Pahang bermula pertengahan saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

Rata-rata menganggap pencalonan Dollah Salleh untuk jurulatih terbaik adalah kelakar dan tidak relevan, justeru mempersoalkan apa kriteria atau pencapaian yang dinilai sebelum memuktamadkan senarai.

Malah, penyokong juga berpendapat daripada meletakkan nama Dollah Salleh sekadar untuk mencukupkan senarai, lebih baik MFL memasukkan nama pengendali veteran, Irfan Bakti Abu Salim yang dilihat memacu Kuching City mencatat keputusan membanggakan musim ini.

Sebagai rekod, Dollah Salleh mengambil alih tugasan selaku jurulatih daripada Christophe Gamel selepas Sri Pahang mengharungi 11 perlawanan Liga Super, gara-gara tiga kekalahan berturut-turut yang dialami di tangan Sabah, Negeri Sembilan dan Terengganu yang meletakkan kelab itu di tangga ke-10 liga.

Advertisements

Dalam perlawanan pertama bimbingannya, Sri Pahang kecundang 2-5 di peringkat suku akhir Piala FA kepada Penang namun tampil bertenaga dalam saingan liga apabila menang enam kali, seri dua kali dan tewas tiga kali dan mengakhiri kempen di tangga ketujuh.

Manakala dalam kempen Piala Malaysia pula, Sri Pahang menjadi lauk Terengganu apabila dijinakkan 1-5 di laman sendiri dan 2-4 di tempat lawan, tersingkir dengan agregat 3-9.

Untuk makluman, Dollah Salleh pernah memenangi ABK sebanyak dua kali pada 2013 (membawa Pahang menjuarai Piala Malaysia) dan juga pada 2019 setelah membawa Pahang muncul naib juara Liga Super serta mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Advertisements

Pada tahun lalu, ianya dimenangi oleh jurulatih KL City, Bojan Hodak sementara calon pilihan untuk menang pada kali ini adalah K.Devan (Negeri Sembilan), Nafuzi Zain (Terengganu) dan Dato’ Ong Kim Swee (Sabah).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram