Advertisements
Perak FC Perkenal Logo Baru, Terima Maklum Balas Positif Peminat
Dunia
MakanBola
Perak Football Club

Perak Football Club (Perak FC) kini secara rasmi memperkenalkan logo baru pasukan selepas diambil alih oleh pengurusan baru beberapa minggu lalu.

Menerusi satu muat naik terbaru di halaman media sosial Perak Football Club, logo baru ini secara rasmi dimuat naik beserta gambar cover baharu dengan slogan Rise As One.

Perak FC sebelum ini bergelut mencari pemilik baru bagi menyelesaikan masalah kewangan kelab yang meruncing dan pemilikan baru ini dilihat hadir tepat pada waktunya ketika pasukan Perak bergelut untuk kekal bersaing dalam kancah bola sepak Malaysia.

Sebelum ini Ketua Pegawai Esekutif baru Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin memuat naik beberapa gambar yang memaparkan logo baru Perak di halaman Instagramnya dan ianya mula tular di kalangan penyokong dan turut menerima maklum balas positif.

Rata-rata penyokong percaya logo baru ini lebih profesional dan pemilik baru berhak menukar logo pasukan mengikut cita rasa syarikat yang memiliki pegangan saham 100% Perak FC, XOX Berhad.

Selain itu, Bobie Farid turut dinilai penyokong Perak sebagai individu yang tepat mengetuai pengurusan Perak yang sebelum ini beberapa kali mengalami masalah dalaman.