Duo pertahanan Malaysia, Matthew Davies dan Corbin Ong terbukti boleh memainkan peranan yang berbeza bersama Harimau Malaya.
Pertahanan utama JDT memainkan peranan yang cukup cemerlang bersama Malaysia terutamanya ketika berdepan pasukan 100 terbaik dunia.
Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika berdepan Syria dan China.
Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh penganalisis bebas bola sepak tempatan bersama segmen Nindia Bola, Dato’ Richard Scully, percaturan pengendali kelahiran Korea Selatan itu sukar diramal.
“Inilah percaturan jurulatih berpengalaman. Percaturan Pan-gon sukar diramal. Kita tidak tahu siapa yang main di bawah di tengah dan di atas.”
Beliau juga memberi gambaran bahawa Matt Davies dan Corbin Ong berbeza ketika membawa cabaran bersama skuad kebangsaan berbanding ketika bersama kelab.
“Kalau kita lihat peranan Matt Davies dan Corbin Ong hanya sebagai box-to-box sahaja. Mereka tidak dibenarkan untuk masuk. Itu bermakna ada arahan daripada jurulatih. Barisan serangan ada tugas merwka dan dua pemain ini ada tugas masing-masing.”
“Kita hanya akan dapat melihat Corbin Ong masuk apabila ada sepakan percuma sahaja,” jelasnya kepada Nindia Bola.
Malaysia berjaya mencuri tumpuan apabil mengikat dua pasukan 100 terbaik dunia, China dan Syria di tempat lawan sekaligus menyalakan harapan untuk ke Piala Asia tahun hadapan.